CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 11, 2012

macam-macam

Assalamualaikum and hello there world!

Dah lama tak menaip, rasa kekok. 

Rasanya tahun 2012 adalah tahun yang paling kerap dianda ujian kesakitan. Alhamdulillah. Sakit itu juga nikmat kan? Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kecil (lepas ni tak payah la buat lagi dosa).

Anak-anak dah selesai menduduki peperiksaan UPSR. Risau sebenarnya mengenang keputusan depa nanti. Cikgu pulak yang terlebih risau kan. Aku tengok budak-budak ni bahagia gembira ja takdak exam dah

Tekanan kat tempat kerja makin memuncak lagi-lagi minggu depan dah mula peperiksaan akhir tahun. Dahlah kelas yang aku ajar semuanya kelas terakhir. Aku nak depa semua lulus paper English tu. Sekurang-kurangnya C pon, dah cukup bagus. Harap-harap anak-anak ni berjaya lah nanti.

Ketegangan di tempat kerja. Perselisihan paham dengan kawan yang dok meja sebelah. Puncanya, hanya daripada isu cuti, phone call/sms, cabut undi. Terlalu tinggi ego dia tu noh. Orang mintak maaf, walaupun terang-terang kesalahan tu mai dari pihak dia. Tapi takpa lah, doa saja agar Allah membuka hatinya untuk memaafkan aku dan lain-lain.

Satu lagi. Raya Haji nanti aku takdak kat Malaysia. Aku cabut undi dan aku, Cikgu Jalil dan Cikgu Azirah dapat pi Singapore. Aku dan CIkgu Azirah satu kumpulan, dia ketua. Kami akan bertolak Rabu malam, 24 Oktober, dan bertolak balik ke sini pada Sabtu malam rasanya, 27hb. Jadual belum dapat lagi.

Sunday, June 17, 2012

pokai

Assalamualaikum and hello there world!

pokai pokai pokai kerna kealpaan sendiri terlebih belanja.

maka, minggu ni dan minggu depan sila puasa daripada beli apa2.

sebelum membeli sila fikir, keperluan atau kemahuan.

dah fikir, buat keputusan dengan bijak.

bijak membeli, bijak memakai.

okbai!

Thursday, May 17, 2012

Decision decision!

Assalamualaikum and hello there world!

It's been a while since i last posted here. My days have been different since that day. It has been a super duper busy days at school and I just had my second observation and this time it was done by PK Kokurikulum. I only managed to get 85.00/100. It's still okay I guess. I need to improve here and there.

Oh yes! I have decided. I decided to go to the convocation ceremony as planned earlier. Nothing wrong with going to the convocation and my family, close friends and colleagues encouraged me to go. They said that this is the moment waited after struggling for a year in IPG. Even though it's just a Diploma, it worth more than that. Yeah, I managed to get posted and get the chance to teach in the school I'm working now with that Diploma.

SO, decision has been made. I should wait patiently for the day to come and should start searching for new baju kurung. Hehehe. :)

Sunday, March 4, 2012

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Innalillahiwainnailaihiroji'un.

Assalamualaikum and hello there world!

Cukup sebulan. 29 Januari 2012 - 29 Februari 2012, tempoh Arwah Toki menjadi penginap wad-wad di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantn.

Sukar menerima ketentuanNya. Tapi hati ini redha dengan pemergian arwah. Berakhir sudah penderitaan Toki. Takdak lagi wayar-wayar dan tiub-tiub berselirat serata badan. Takdak lagi oxygen mask untuk dipakai.

Kakak kata, bila ditanya pada arwah, adakah arwah rindu pada arwah tok? Arwah toki cakap dia tak rindu sebab tak lama lagi nak jumpa dah. :)

Takdak rasa ralat di hati. Sempat juga diri ini berbakti buat kali terakhir untuk arwah. Memandikan, menukarkan lampin pakai buang untuk arwah pada hari Sabtu, 25 Februari 2012. Rupanya itu kali terakhir aku bergurau, berborak, dan berbakti untuk arwah.

7.15 pagi, dapat panggilan dari Ayah masa dalam perjalanan ke sekolah. Perjalanan 5 minit, rasa macam 50 minit. Lemah lutut, tapak kaki dah rasa tak berpijak di bumi yang nyata.

Allah dah aturkan semuanya yang terbaik untuk arwah. Urusan pengebumian berjalan dengan lancar, tanpa halangan. Arwah dikebumikan segera. Telah tertulis, aku takdak rezeki untuk menghadap dan menatap wajah arwah buat kali terakhir. Takmau diungkit lagi kisah itu.

Al-Fatihah untuk arwah. Semoga bahagia di sana.

Ya Allah, jangan lah Kau sempitkan kubur mereka. Kau terangilah kubur mereka dengan cahaya daripada segala amal baik mereka selama mereka hidup. Janganlah Kau seksa mereka dengan azab api nerakaMu.

notakaki: maaf, ayat bercelaru, sama macam fikiran dan hati tuan punya blog.

Wednesday, February 22, 2012

Quick Updates

Assalamualaikum and hello there world!

Many things happen for the past 4-5 weeks.

1. My dearest grandparents was admitted to High Dependency Ward, Hospital Tengku Ampuan Afzan on 29th January 2012 due to stone in gallbladder. The stone was succesfully removed after the gallbladder bengkak teruk. Aki sedar less than 24 hours after surgery. Doktor jangka after 48 jam baru sedar. Doktor dan nurse cakap Aki kuat semangat. Hampir 15 hari dalam HDW, pindah ke wad biasa di tingkat 5. Tapi tadi dapat berita, pindah ke wad tingkat 8. Sepupu cakap wad kritikal :(.

2. Both Mak and Ayah received Pingat Cemerlang Kedah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke 85. TAHNIAH! Bulan Januari lepas ke Putrajaya, terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertanian. Rezeki di saat nak pencen.

3. Saya naik pangkat! Hahahaha. Alhamdulillah. Thanks to my dearest sis jugak yang banyak membantu. :)

4. Pencatat masa untuk Kejohanan Padang dan Balapan PKG Telok Kechai di Stadiu Darulaman, 22-23 Februari 2012. Menyalai diri berdiri tengah panas catat masa budak2 berlari.

Okay, sekian dulu. Nanti sambung lagi dengan petua-petua pulak. Dah ada petua, tp lupa nak tulis (malas sebenarnya) :p

Monday, January 16, 2012

SK Tualang Sekah Malim Nawar: 12.01.12 Majlis Persaraan En. Amir Abdul Rahman , ...

Assalamualaikum and hello there world!

I want to share this post with you. Ini entri pasal persaraan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah. Sekolah tempat aku dan Faezah berpraktikum selama 3 bulan dahulu..


SK Tualang Sekah Malim Nawar: 12.01.12 Majlis Persaraan En. Amir Abdul Rahman , ...: Persediaan Ketibaan Tuan yang diraikan bersama para jemputan Ucapan-ucapan Acara-acara...persembahan murid, pemba...

Sunday, January 15, 2012

People Change

Assalamualaikum and hello there world!

People change

I change

2 days or 2 weeks

no matter how long you are gone for,

nothing is the same

people are older,

land is developed

the longer away the more recognisable it is

the change of life

2 weeks away

negative looking for hope

now im postive looking for my next step

people change

you change

i change

life changes

dont stop

just imprase it and move on

Stace Bea, 2008

Thursday, January 12, 2012

Rezeki Harimau

Assalamualaikum and hello there world!

Dah lama tak berkongsi petua-petua berguna kan? Tapi entri hari ini pon bukan untuk berkongsi petua. Hehe. Sekadar berkongsi cerita dan berita gembira.

Alhamdulillah, pagi tadi murah rezeki saya. Sampai sekolah jam 7.05 pagi. Sedang asyik menanda buku anak-anak terchinta, Puan PK1 panggil. Nak bagi angpow katanya. Rupanya duit tuisyen masa cuti sekolah bulan November lepas, dapat hari ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukurlah, walaupun tak banyak sangat, ada la jugak dapat duit. buleh bayaq hutang kat ayah ngan mak sikit-sikit.

Lebih kurang jam 9 lebih tu, ada la cikgu sorang ni jalan dalam bilik guru, bawak beg-beg plastik berisi 2 tin laici dan longan, buah limau mandarin, kacang ngan yin. Ingatkan dia nak agihkan kat staf pentadbiran saja. Rupanya semua staf Melayu dapat hadiah CNY daripada cikgu-cikgu Cina yang lain :).

Mengenai tajuk entri, "Rezeki Harimau" ni, mak saya la selalu kata rezeki harimau kalau dapat banyak sangat makanan/duit/benda dalam masa yang sama. Hehe

Friday, January 6, 2012

Good Start

Assalamualaikum and hello there world!

Happy New Year! Lupa pulak nak wish dalam entri lepas kan? Hehe.

Alhamdulillah, 2012 bermula dengan baik. Setakat ni, semuanya baik-baik saja walaupun ada 1 2 masalah yang rasanya tak perlu diperbesarkan. Masalah dengan gaji tu, rasanya dah lali kot. Kalau dah sampai rezeki nanti, ada lah..

Rezeki ni Allah bagi dalam bentuk yang berbeza kan? Walaupun aku tak dapat lagi gaji untuk kerja hakiki, iaitu Cikgu sekolah tu, tapi Allah bagi aku rezeki tambahan.

Khamis lepas, Ustaz Wan call, bagitau aku dapat mengajaq kelas tuisyen. Ada sorang cikgu berhenti untuk belajaq. So, aku dapat la tugas mengajar di situ. So I went there at 7.50 pm tadi. Jumpa dia sebelum mula kelas. Ustaz Wan ada tanya, macam mana projek yg aku dah plan? Aku bagitau projek tu macam xboleh jalan sebab hari Sabtu aku dah ada komitmen kat sekolah. Dia suruh pinda jadual, buat hari Jumaat. Okay, aku akan fikirkan. Ustaz Wan tak mau aku mengalah cepat sangat.

Makanya, kena la plan betul-betul jadual ni. Aku tak mau nanti aku jadi terlalu letih, tak boleh fokus mengajar budak-budak. Dahla aku mengajar Tahun 6 kan...

Sunday, January 1, 2012

Of New Year

Assalamualaikum & hello there world!

So today is the 1st day of 2012. I had a good day where it was raining in the morning and I celebrated my New Year at school.

We have a school meeting in which it lasted for about 7 hours. Many things were discussed and explained. I couldn't understand it as they speak in Mandarin. However, I kept on asking my friend, Azira and other Chinese teacher.

Of my duty:

1: Secretary of English Department
2: Secretary of Jawatankuasa Bencana Alam
3: Advisor of Swimming Club
4: AJK Rumah Merah
5: On duty for Kempen Budi Bahasa on Sunday 20/05/12 ( Sayangi Diri)
6: In charge of Drawing Competition
7: Teaching English for Year 3, 4, 5, 6
8: Teaching PS for Year 4
9: Teachibg Pj for Year 4.
10: School Tuition every Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday

So far, itu saja kot yang nak ditulis. Hehe. Esok kembali ke sekolah untuk hari ketiga berturut-turut untuk mengemas Bilik Guru baru :)