CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 7, 2011

I had so much fun!

Assalamualaikum and hello there world!

Malas nak taip lagi, korang layan la gambar ni dulu eh. Hehe. Tapi ni curik dari encik G saja. Tak bergambar pun tadi. Segan weyh ngan Eyie, Anwar, Acap, Baby and sorang lagi kawan depa, cheq lupa nama.

Mula-mula pi Pusat Sains Negara Wilayah Utara. It was my first visit though I'm Kedahan. Booohooooo!

Lepas tu layan Ombak Rindu lah pulak kan.




Poster Ombak Rindu
Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Eyie, Anwar, Baby


Saturday, December 3, 2011

Innalillah. Stay strong Aala and Ayong & siblings

Assalamualaikum and hello there world!

Malam ni rasa tak berapa sedap badan. Sakit dada, pedih ulu hati mencucuk-cucuk. Since petang tadi pulak, rasa mengantuk yang teramat sangat. I've once heard kawan makcik cakap kalau mengantuk sangat-sangat tu, ada seseorang yang kita kenal (agak rapat) meninggal. Well, tidaklah aku percaya sangat, nanti jadi syirik pulak.

Benda utama yang aku nak cerita ialah asal pemergian ayahanda kepada seorang junior di IPG Ipoh, Aala Rosli. Mama ngan Abah Aala went for ibadah Haji selama sebulan. Hari ini la balik. I was told by Baby, her Maksu, that her father passed away in the plane, masa nak touch down kat KLIA. Sedihnya, ya Allah!

Aku baru ja baca status Ayong pagi tadi pasal kepulangan mama ngan abah dia. Ayong ada tulis abah tak sihat dan doakan abah selamat sampai ke Malaysia. Sungguh tak sangka la, yang abah depa meninggal masa nak touch down. Dah dekat sangat nak jumpa depa semua. Dah sampai masa, dah tiba ajal, memang takdak sapa boleh tahan kan?

Baby cakap jenazah sekarang masih ada kat Hospital Putrajaya, post mortem. Lagi luluh hati baca sms tu. Masa dapat tau berita kematian tu, aku nangis. Mungkin sebab Aala tu rapat ngan aku dan baby jugak salah seorang kawan baik aku. Aku kenal mama abah dan ayong Aala. adik beradik yang lain ja tak berapa rapat.

Apa-apa pun Aala & Ayong, kita sama-sama lah doakan agar roh arwah abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukmin yang lain. .

notakaki: sama-sama lah sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin kepada arwah abah Aala, Encik Rosli.. :(

Thursday, December 1, 2011

Tumit Kaki Pecah


Assalamualaikum and hello there world!

Happy December. Dah tiba kita ke bulan terkahir bagi tahun 2011 ni. Cepatnya masa berlalu kan? Dah nak masuk tahun 2012 pon. 2012 dunia berakhir? Bila pula masalah kelemumur akan berakhir? [Iklan sat].

Sebenaqnya harini saya nak kongsi lagi satu petua. Rasanya kebanyakan dari kita menghadapi masalah ini. Saya sendiri menghadapi masalah tumit pecah. Lagi-lagi kalau saya kurang minum ayaq kosong. Macam mana eh cara mudah nak hilangkan masalah tumit pecah ni?

Cracked Heel Cream

Macam-macam jenis dan jenama krim untuk tumit pecah dah keluaq di pasaran. Antara yang pemes ialah ini


Foot works by Avon


Scholl Cracked Heel Repair Cream


Cracked Heel Cream by Ellgy plus

I've tried those 3 brands of the cream. Rasanya yang efektif pon si Ellgy tu lah. Tp itu dulu. Hehe. I don't really like the texture of cracked heel cream sebenaqnya. Melekit sikit and it makes me uncomfy. Lepas sapu krim, kau jalan pulak atasa lantai jubin rumah tu, memang lekat la kesan krim dan tumit tu atas lantai. Kan dah banyak kali kerja kena buat.

Sini ada satu petua cemana nk kurangkan kadar kepecahan tumit kita. Bahan yang digunakan senang didapati, iaitu buah betik, atau dalam English, we call it as papaya :).

Senang saja. Ambil sebiji buah betik muda. Hiris bahagian hujung untuk mengeluarkan getah buah betik tersebut. Sapukan getah tersebut ke bahagian tumit yang pecah tu la. Sapu, gosok-gosok sikit bagi rata. Bagi semua bahagian yang retak dan pecah tu kena getah betik. Tunggu sampai kering. Rasanya lah kan, elok buat waktu malam kot, masa nk tidoq tu. Nak selamat, sarungkan setokin pulak lepas tu. Jangan lupa cuci pulak nanti. Kalau nak kesan yang memuaskan, boleh la cuba beberapa kali sampai nampak perubahan. Dah hilang retak-retak tu nanti, jangan lupa apply cream bagi maintain the moisture. Ayaq masak/kosong jangan lupa diamalkan selalu kayh! Kalau sapu krim bagai, tp ayaq masak xmau minum, tak dak guna gak derr. Hehe

So, harap-harap sedikit info yang diberi ni dapat la dicuba oleh anda (termasuk la tuan punya blog).

notakaki: maaf la kalau tersalah bagi info ka apa. tp betul la, guna getah betik muda. bab sapu waktu malam, pakai setokin segala tu hanyalah pendapat saya. Saya rasa mungkin lebih berkesan begitu. Hehe.