CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 23, 2012

To Go or Not To Go

To Go?

Not to Go?


Sunday, March 4, 2012

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Innalillahiwainnailaihiroji'un.

Assalamualaikum and hello there world!

Cukup sebulan. 29 Januari 2012 - 29 Februari 2012, tempoh Arwah Toki menjadi penginap wad-wad di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantn.

Sukar menerima ketentuanNya. Tapi hati ini redha dengan pemergian arwah. Berakhir sudah penderitaan Toki. Takdak lagi wayar-wayar dan tiub-tiub berselirat serata badan. Takdak lagi oxygen mask untuk dipakai.

Kakak kata, bila ditanya pada arwah, adakah arwah rindu pada arwah tok? Arwah toki cakap dia tak rindu sebab tak lama lagi nak jumpa dah. :)

Takdak rasa ralat di hati. Sempat juga diri ini berbakti buat kali terakhir untuk arwah. Memandikan, menukarkan lampin pakai buang untuk arwah pada hari Sabtu, 25 Februari 2012. Rupanya itu kali terakhir aku bergurau, berborak, dan berbakti untuk arwah.

7.15 pagi, dapat panggilan dari Ayah masa dalam perjalanan ke sekolah. Perjalanan 5 minit, rasa macam 50 minit. Lemah lutut, tapak kaki dah rasa tak berpijak di bumi yang nyata.

Allah dah aturkan semuanya yang terbaik untuk arwah. Urusan pengebumian berjalan dengan lancar, tanpa halangan. Arwah dikebumikan segera. Telah tertulis, aku takdak rezeki untuk menghadap dan menatap wajah arwah buat kali terakhir. Takmau diungkit lagi kisah itu.

Al-Fatihah untuk arwah. Semoga bahagia di sana.

Ya Allah, jangan lah Kau sempitkan kubur mereka. Kau terangilah kubur mereka dengan cahaya daripada segala amal baik mereka selama mereka hidup. Janganlah Kau seksa mereka dengan azab api nerakaMu.

notakaki: maaf, ayat bercelaru, sama macam fikiran dan hati tuan punya blog.

Wednesday, February 22, 2012

Quick Updates

Assalamualaikum and hello there world!

Many things happen for the past 4-5 weeks.

1. My dearest grandparents was admitted to High Dependency Ward, Hospital Tengku Ampuan Afzan on 29th January 2012 due to stone in gallbladder. The stone was succesfully removed after the gallbladder bengkak teruk. Aki sedar less than 24 hours after surgery. Doktor jangka after 48 jam baru sedar. Doktor dan nurse cakap Aki kuat semangat. Hampir 15 hari dalam HDW, pindah ke wad biasa di tingkat 5. Tapi tadi dapat berita, pindah ke wad tingkat 8. Sepupu cakap wad kritikal :(.

2. Both Mak and Ayah received Pingat Cemerlang Kedah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke 85. TAHNIAH! Bulan Januari lepas ke Putrajaya, terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertanian. Rezeki di saat nak pencen.

3. Saya naik pangkat! Hahahaha. Alhamdulillah. Thanks to my dearest sis jugak yang banyak membantu. :)

4. Pencatat masa untuk Kejohanan Padang dan Balapan PKG Telok Kechai di Stadiu Darulaman, 22-23 Februari 2012. Menyalai diri berdiri tengah panas catat masa budak2 berlari.

Okay, sekian dulu. Nanti sambung lagi dengan petua-petua pulak. Dah ada petua, tp lupa nak tulis (malas sebenarnya) :p