Happy New Year! Lupa pulak nak wish dalam entri lepas kan? Hehe.
Alhamdulillah, 2012 bermula dengan baik. Setakat ni, semuanya baik-baik saja walaupun ada 1 2 masalah yang rasanya tak perlu diperbesarkan. Masalah dengan gaji tu, rasanya dah lali kot. Kalau dah sampai rezeki nanti, ada lah..
Rezeki ni Allah bagi dalam bentuk yang berbeza kan? Walaupun aku tak dapat lagi gaji untuk kerja hakiki, iaitu Cikgu sekolah tu, tapi Allah bagi aku rezeki tambahan.
Khamis lepas, Ustaz Wan call, bagitau aku dapat mengajaq kelas tuisyen. Ada sorang cikgu berhenti untuk belajaq. So, aku dapat la tugas mengajar di situ. So I went there at 7.50 pm tadi. Jumpa dia sebelum mula kelas. Ustaz Wan ada tanya, macam mana projek yg aku dah plan? Aku bagitau projek tu macam xboleh jalan sebab hari Sabtu aku dah ada komitmen kat sekolah. Dia suruh pinda jadual, buat hari Jumaat. Okay, aku akan fikirkan. Ustaz Wan tak mau aku mengalah cepat sangat.
Makanya, kena la plan betul-betul jadual ni. Aku tak mau nanti aku jadi terlalu letih, tak boleh fokus mengajar budak-budak. Dahla aku mengajar Tahun 6 kan...
No comments:
Post a Comment