Sepanjang minggu lepas, rumah tak putus-putus dilanda pesta buah-buahan tempatan. Rambutan, manggis, cempedak, durian, dokong, pisang.
Rambutan diberi oleh bekas bapak mentua sebanyak dua kali. Maklang tiga kali bagi rambutan. Semuanya sedap. Cempedak diberi oleh jiran depan rumah yang berbangsa cina. Pokok cempedak yang ditanam di laman rumah. Durian pulak 3 kali diberi oleh kawan ayah dan mak serta kawan Maklang.
Dokong dan rambutan serta pisang diberi oleh sahabat baik mak dah ayah, Mak Nani dan Pak Om. Depa ni baik, selalu tolong kami. Dah macam keluarga. Lepas tu, semalam (Sabtu, 16 Julai 2011), kawan sekolah Maklang sedekahkan durian. Xtau la berapa puluh bijik. ¼ ayah da bawak p tempat dia mengaji. Depa ada buat tahlil malam tu, ada buat bubur kacang hijau+durian. Mak pulak jemput kawan-kawan n sedara mai makan kt rumah.
Tadi pun xabes lagi sesi pengagihan durian kepada rakan taulan dan jiran. Ayah p antaq 3 bijik kat jiran depan rumah. Aku p antaq 2 bijik kat jiran blah kiri. Jiran blah kanan takdak kat rumah. Dah 2 kali cubaan nk bagi kat beliau, tp xdak kat rumah. Lepas tu aku call rakan sekerja kat KPTM dulu, Mastura Abd Razak (not that ungrateful Mastura, yg dah dibuang dari hidup kami). Bagi kat Mas 5 biji.
Fuuhhh. Tadi mak and ayah baru setel kupas n masukkan isi durian dalam bekas. Bekukan, nk bawak p kl bagi along n wawa serta angah. Sian depa sebab tadapat makan. Tu la, duduk lagi jauh-jauh. Hurmm
Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang tak putus-putus dariMu ya Allah.
p/s: sesungguhnya nikmat Allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya dalam bentuk wang ringgit. Maka, harus disyukuri setiap nikmatnya.
p/s lagi: Setiap tetamu yang dating ke rumah membawa rezeki. Cuma kita tak Nampak. Maka, layanilah tetamu anda sebaiknya.. J
No comments:
Post a Comment