Assalamualaikum and hello there world!
Ni ada lagi beberapa petua yang nak saya kongsi la dengan sapa-sapa yang berminat baca dan juga memang dah lama dok cuba nak kempiskan perut (termasuk org yang tengah tulis ni ha). Petua ni saya amek dari
Kak Rahimah.
Antara petua-petuanya ialah:
1. Asam Keping sebagai agen pengempis perut.
1 atau 2 keping asam keping dimasukkan ke dalam air panas. Biar beberapa jam sehingga asam kembang dan air menjadi suam-suam kuku. Minum air asam keping tersebut dan jika diamalkan selalu, maka insyaAllah akan memberikan hasil yang mengujakan! :)
2. Teh dan limau kasturi sebagai agen pelansing
Teh tanpa gula elok diamalkan sebelum anda mengambil sarapan pagi dan eslok jika diperahkan sedikit jus limau kasturi ke dalam teh tanpa gula tersebut. InsyaAllah, anda akan mendapat tubuh badan yang langsing jika diamalkan secara berdisiplin. :)
3.Khasiat asam jawa.
Asam jawa dicuci dan diramas dalam segelas air masak. Kemudia simpan air tersebut di dalam bekas bertutup lalu diletakkan di dalam peti sejuk. Amalkan meminum air tersebut selepas makan tengahari atau selepas makan malam. InsyaAlah lemak di badan anda akan berkurangan.. :)
Okay lah kalian, saya rasa saya kongsi 3 petua ni saja dulu ya. Hehehe. Bukan apa, saya nampak 3 petua ni antara yang mudah sebab bahan yang digunakan ni saya pasti memang sentiasa ada di dapur rumah kita kan. Keberkesanan petua ni bergantung kepada individu. Mungkin sesetengah orang tak berapa sesuai la nk amalkan petua yang saya dapat ni. Apa-apa pun, jangan lupa bersenam dan jaga makan pulak ya (#notetoself). Jangan harapkan pada petua ni saja.
notakaki: harap-harap berat badan saya turun lagi sampai tahap ideal :D
No comments:
Post a Comment