1 . Sewaktu mandi , pastikan air membersihkan bahagian bawah lengan anda dengan membilasnya dengan air bersih terutamanya setelah berpeluh . Kemudian, pastikan bahagian tersebut dikeringkan menggunakan tuala dengan sempurna.
2. Pastikan anda selalu trim rerambut halus di bahagian ketiak anda. Ini kerana, rerambut yang dibiarkan panjang dan tidak diuruskan dengan baik akan mudah mendatangkan bau busuk.
3. Elakkan dari memakai pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan. Keadaan ini akan mencegah kulit di bahagian tersebut mendapat ruang udara yang secukupnya. Kesannya, kulit akan berpeluh secara berlebihan dan mampu mendatangkan bau busuk.
4. Jangan sesekali menyembur wangian secara terus ke bahagian bawah lengan anda .Memang ia akan berbau harum tetapi itu hanyalah seketika. Kesannya bau harum tersebut akan menjadi sebaliknya apabila sudah berpeluh nanti. Kebanyakkan wangian juga mengandungi 'metallic salts' yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit di bawah lengan .
5. Pilihlah pakaian yang longgar dan utamakan fabrik kapas sewaktu cuaca panas bagi memberikan ruang pengudaraan yang lebih baik untuk kulit anda.
6. Anda juga boleh menggunakan bedak antibakteria untuk disapu di bahagian bawah lengan setelah mandi. Ini dapat membantu mengurangkan kesan peluh.
No comments:
Post a Comment